Online Blog

Welcome to our online blog

Monday, 12 November 2012

Info Kehamilan : Boleh Percaya Ke Pregnancy Test Ni?

Zaman sekarang, Home Pregnancy Test (HPT) sudah banyak beredar di pasaran. Pengguna dapat membeli HPT di mana-mana farmasi atau kedai runcit berdekatan. Mari kita tinjau, boleh percaya ke HPT ni??

Bagaimana HPT berfungsi

HPT dapat mengesan kandungan hormon HCG yang terdapat pada urin. jika terdapat hormon tersebut, maka HPT akan memberikan tanda positif. Itupun bergantung juga pada sensitiviti dan ketepatan masing-masing HPT.

Setelah berlakunya ovulasi, ovum mengambil masa beberapa hari untuk disenyawakan oleh sperma. Setelah persenyawaan berlaku, sel-sel akan membahagi dengan sangat cepat sambil bergerak merentasi Tiub Fallopio menuju ke Endometrium untuk melekat (implant) dan menjadi tempat perkembangan sel-sel tersebut sehinggalah membentuk janin.



Setelah terjadinya implantasi pada endometrium, barulah hormon HCG akan dihasilkan dan memasuki peredaran darah, dan sebahagiannya akan keluar melalui urin sewaktu darah dibersihkan oleh ginjal. Tempoh waktu antara terjadinya ovulasi dan implantasi adalah sekitar 10-14 hari. Hormon HCG pada awalnya hanya terdapat dalam kuantiti yang sedikit di dalam urin, tetapi akan meningkat seiring meningkatnya usia kehamilan.

HPT berfungsi dengan cara mengesan kadar HCG yang terdapat di dalam urin. Oleh itu, untuk sesetengah wanita yang berovulasi lebih lambat, kadang-kala HPT akan memberikan tanda negatif walaupun wanita tersebut sudah berada di fasa awal kehamilan.

Bila waktu yang paling sesuai untuk menggunakan HPT?

Hormon HCG mula dihasilkan dengan banyak setelah terjadinya implantasi iaitu kira-kira 10-14 hari setelah ovulasi. Dalam erti kata lain, hormon HCG mula dapat dikesan setelah 7 hari anda terlambat datang haid. Oleh itu, waktu yang paling sesuai untuk mengunakan HPT adalah 1 minggu setelah anda terlambat haid. 

Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika pada tahun 2011, 50-55% HPT yang mempunyai sensitiviti serendah 25mIU/ml sudah mula dapat mengesan hormon HCG dalam urin seawal hari pertama anda terlepas haid sekiranya anda hamil. Kini, para doktor disyorkan untuk menggunakan HPT yang mempunyai sensitiviti 25mIU/ml atau lebih rendah.

Oleh itu, tidak hairan jika doktor anda mengesyorkan anda untuk menggunakan HPT sebanyak 2 kali, iaitu pada waktu anda datang ke klinik dan 1 minggu setelah itu!