Pregnancy test kit adalah cara yang paling mudah untuk mengetahui adakah anda hamil atau tidak. Selain itu, ia bersifat user-friendly sehingga anda mampu melakukannya sendiri di rumah. Bagaimana cara memilih pregnancy test kit yang bagus? Apa jenis pregnancy test kit yang terdapat dipasaran sekarang?
Terdapat 3 jenis pregnancy test kit di pasaran iaitu:
STRIP - anda hanya perlu menampung urin dan setelah itu celupkan stick ke dalam urine anda dan biarkan beberapa minit sebelum dibaca.
CASETTE - anda hanya perlu menampung urin anda, kemudian ambil beberapa titis sahaja dan titiskan pada kaset yang diberi.
MIDSTREAM - ini adalah cara yang paling mudah, anda hanya perlu membuang air di hujung strip pada alat tersebut.
Antara ketiga jenis tes ini, mana yang paling bagus?
JAWAPANNYA adalah, kesemuanya sama sahaja. Jenis tes yang berbeza TIDAK mempengaruhi hasil, hanya saja cara yang digunakan untuk mengambil sampel (urin) sahaja yang berbeza.
Bagaimana menentukan pregnancy test manakah yang paling baik?
JAWAPANNYA kesemua tes mempunyai accuracy masing2 rata-rata 98% hingga 99.9%. Akan tetapi sensitivity ini merujuk pada nilai paling kecil yang dapat di-detect oleh alat tersebut. yang terdapat di pasaran sekarang adalah 10, 25 dan 50 mIu/ml.
Contohnya : tes yang mempunyai sensitivity 99.8% pada 10mIu/ml dapat mengesan kehadiran hormon HCG (menandakan adanya kehamilan) serendah 10 unit dalam 1 ml urin dengan ketepatan 99.8%, berbanding dgn tes 50mIu/ml yang hanya dapat mengesan hormon tersebut setelah hormon tersebut berada diatas 50 unit dalam 1 ml urin.
Dengan kata lain, tes 10mIu/ml dapat mengesan hormon HCG dalam urin lebih cepat (minggu kedua kehamilan) berbanding tes 50mIu/ml yang hanya dapat mengesan hormon tersebut setelah 4 minggu kehamilan (kerana setelah 4-5 minggu barulah hormon HCG berada diatas 50 unit)

Jadi, adakah tes yang paling baik adalah tes yang dapat mengesan HCG dalam nilai terkecil?
JAWAPANNYA tidak juga. Tes 50mIu/ml hanya dapat mengesan kehamilan antara minggu ke 3 hingga ke 5 manakala tes 10mIu/ml sudah mula dapat mengesan kehamilan lebih awal iaitu pada minggu 1-2 kehamilan. Secara logik, memanglah lebih cepat lebih bagus.
AKAN tetapi, alat yang terlalu sensitif juga akan menyebabkan pengguna lebih keliru sewaktu membaca hasil tes. Kadang-kadang orang yang tidak hamil tetapi mempunyai kadar hormon HCG yang agak tinggi misalnya 5-8mIu/ml akan membuatkan garis tes tersebut nampak berwarna pudar seolah-olah positif kerana tes tersebut terlalu sensitif dan dapat mengesan hormon tersebut dalam kadar yg kecil. Contohnya seperti gambar berikut :

ATAS negatif, TENGAH ragu-ragu, BAWAH positif
Oleh itu, tes yang terbaik adalah tes yang tidak terlalu sensitif, dan tidak terlalu kurang sensitif. Misalnya, 25mIu/ml. Walaubagaimanapun, terserah kepada anda juga untuk memilih yang mana satu.
Harap informasi ini berguna untuk semua.